Sejarah Kg Giching

žKg Giching mula dibuka pada tahun 1920-an oleh masyarakat Kerinchi dan Minang yang berasal dari Sumatera. Ia diasaskan oleh Tuan Hj Omar Bin Majid dari kalangan masyarakat Kerinchi. Pada mulanya ia dinamakan Kampung Gerinching,kemudiannya ditukar keKampung Giching pada tahun 1940 oleh Encik Abdul Ghani, penghulu mukim Labu.
žSelepas perang dunia ke2 barulah masyarakat Jawa,Boyan,dan Mendaling datang menetap di kampung ini. Mata pencarian utama penduduk ketika itu ialah menangkap ikan, bersawah padi serta menoreh getah.Pada masa itu cuma terdapat 16 buah rumah dengan bilangan penduduk seramai lebih kurang 90 orang.
žKomunis masih bermaharajalela di kawasan ini di sekitar tahun 50-an yang berpusat di Ulu Tian yang kini adalah landasan kapal terbang KLIA dan Kuaters KLIA. Selepas merdeka, barulah ancaman komunis berjaya dihapuskan di kawasan ini.
žDari segi sejarah, bolehlah disimpulkan bahawa penduduk asal Kampung Giching adalah pendatang yang berasal dari tanah seberang. Hanya penduduk asli dari suku Temuan yang menduduki kawasan sekitarKampung Giching iaitu tapak KLIA sekarang ini yangboleh mendakwa mereka adalah penduduk asal dikawasan ini.

Lokasi Kg Giching

žLokasi Kampung Giching adalah terletak kira-kira10 km dari KLIA atau LCCT dan lebih kurang 25 km dari Putrajaya.
žUntuk ke Kampung Giching, dari Lebuh raya Utara Selatan (PLUS) masuk ke tol Nilai dan ambil ke arah KLIA, iaitu lebih kurang 12 km dari tol Nilai.
žBandar yang berdekatan ialah Bandar Baru Salak Tinggi dan Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan.
žGPS koordinat : 2 47’ 44.47” N 101 44’ 10.15 E
žBagi kawasan pilihanraya, Kampung Giching terletak di dalam Parlimen Sepang (P113) dan DUN Sungai Pelek (N56).

Ahli JKKK

Ahli JKKK






Monday, May 31, 2010

Mesyuarat PIBG Sekolah Agama Kg Giching

Pada 22hb Mei 2010 yang lalu telah berlangsung Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Agama Kg Giching yang ke-16 bertempat di dewan sekolah. Perasmian mesyuarat telah disempurnakan oleh En. Mat Isa, Ketua Kampung. Kehadiran ibu bapa serta guru hanya sekitar 20 orang (pelajar sekolah adalah seramai 195 orang).

Didalam ucapan perasmiannya, Ketua Kampung memaklumkan tentang perubahan barisan JKKK Kampung Giching yang terkini. Seterusnya, beliau melahirkan hasrat bekerjasama erat dengan pihak sekolah bagi memperolehi bantuan kerajaan negeri. Beliau juga mengingatkan ibu bapa agar memberi perhatian sepenuhnya kepada anak-anak kerana mereka adalah aset yang paling berharga di dunia dan akhirat.

Manakala pihak JKKK dan MTD (Majlis Tindakan DUN) sedang berusaha untuk mendapatkan peruntukan bagi mengecat, sistem PA dan pagar baru sekolah. Tuan Pengetua pula memaklumkan beliau baru saja mengambil-alih pentadbiran sekolah dan prestasi pelajar secara keseluruhanya adalah baik tetapi belum ada yang mencapai tahap 'mumtaz'.

Tuan Pengetua juga mencadangkan agar guru dapat mengambil pendekatan "mentor-mentee" khususnya untuk murid darjah 6 yang bakal mengambil peperiksaan bagi membantu meningkatkan prestasi mereka. InsyaAllah, dengan komitment guru dan berkat doa serta kerjasama ibu bapa akan melahirkan pelajar cemerlang yang akan mengharumkan Giching suatu hari nanti

No comments:

Post a Comment