Alhamdulillah, program anjuran Telekom dengan kerjasama JKKK telah berjaya dilaksanakan dengan gemilang walaupun terdapat 'pihak tertentu' yang berusaha menghalang program tersebut di mana sehari sebelumnya juga dilancarkan program yang sama oleh Datuk Rais Yatim di Jelebu. [Ya Allah, kurniakanlah hidayah ke atas mereka dan sucikanlah hati mereka, Amiin]
Pihak Telekom amat berpuas hati dengan komitment serta kesungguhan yang dilakukan oleh JKKK dalam memastikan kelancaran program tersebut malah agak terharu dengan sambutan penduduk serta orang ramai yang di luar jangkaan. Menerusi promosi yang dijalankan oleh JKKK, hampir 200 orang telah mendaftar dan layak untuk mendapat Notebook PERCUMA. Telekom juga bersetuju mengadakan Seminar IT khusus untuk penduduk Giching agar lebih mahir menguasai teknologi ICT. [Nota: Tarikh akan dimaklumkan kemudian].
JKKK Kg Giching merasakan ini adalah satu program yang sangat bermanafaat dimana lebih ramai penduduk luar bandar berpeluang menerapkan nilai-nilai ICT dalam berbagai aspek kehidupan untuk menjadi masyarakat yang berilmu dan berfikiran luas. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Kelebihan orang berilmu berbanding ahli ibadat sama seperti kelebihan bulan purnama berbanding segala bintang."
Alhamdulillah, acara permainan sukaneka yang diadakan seperti Sand Art (untuk kanak-kanak), sepak raga bulat (lelaki) serta menganyam ketupat (wanita) mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Terima kasih semua atas kerjasama anda! JKKK juga berharap program yang diadakan di masjid akan mendekatkan semua golongan masyarakat dengan masjid kita, Amiin. InsyaAllah kita jumpa lagi di program lain.
No comments:
Post a Comment