Sejarah Kg Giching

žKg Giching mula dibuka pada tahun 1920-an oleh masyarakat Kerinchi dan Minang yang berasal dari Sumatera. Ia diasaskan oleh Tuan Hj Omar Bin Majid dari kalangan masyarakat Kerinchi. Pada mulanya ia dinamakan Kampung Gerinching,kemudiannya ditukar keKampung Giching pada tahun 1940 oleh Encik Abdul Ghani, penghulu mukim Labu.
žSelepas perang dunia ke2 barulah masyarakat Jawa,Boyan,dan Mendaling datang menetap di kampung ini. Mata pencarian utama penduduk ketika itu ialah menangkap ikan, bersawah padi serta menoreh getah.Pada masa itu cuma terdapat 16 buah rumah dengan bilangan penduduk seramai lebih kurang 90 orang.
žKomunis masih bermaharajalela di kawasan ini di sekitar tahun 50-an yang berpusat di Ulu Tian yang kini adalah landasan kapal terbang KLIA dan Kuaters KLIA. Selepas merdeka, barulah ancaman komunis berjaya dihapuskan di kawasan ini.
žDari segi sejarah, bolehlah disimpulkan bahawa penduduk asal Kampung Giching adalah pendatang yang berasal dari tanah seberang. Hanya penduduk asli dari suku Temuan yang menduduki kawasan sekitarKampung Giching iaitu tapak KLIA sekarang ini yangboleh mendakwa mereka adalah penduduk asal dikawasan ini.

Lokasi Kg Giching

žLokasi Kampung Giching adalah terletak kira-kira10 km dari KLIA atau LCCT dan lebih kurang 25 km dari Putrajaya.
žUntuk ke Kampung Giching, dari Lebuh raya Utara Selatan (PLUS) masuk ke tol Nilai dan ambil ke arah KLIA, iaitu lebih kurang 12 km dari tol Nilai.
žBandar yang berdekatan ialah Bandar Baru Salak Tinggi dan Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan.
žGPS koordinat : 2 47’ 44.47” N 101 44’ 10.15 E
žBagi kawasan pilihanraya, Kampung Giching terletak di dalam Parlimen Sepang (P113) dan DUN Sungai Pelek (N56).

Ahli JKKK

Ahli JKKK






Thursday, July 8, 2010

BANTUAN & KESELAMATAN

Menyedari tanggungjawab yang diamanahkan, JKKK telah sedaya upaya berusaha untuk membantu warga kampung yang layak dan amat memerlukan bantuan. Pada bulan Jun 2010 yang lepas, JKKK telah menghulurkan bantuan kepada seorang ibu tunggal yang mempunyai anak kurang upaya.

Ketua Kampung, JKKK serta Penyelaras DUN telah menziarahi rumah ibu tunggal tersebut dan menyampaikan bantuan. Dalam masa yang sama, JKKK sedang berusaha memohon bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi meringankan bebanan yang terpaksa ditanggung oelh beliau dalam menempuh kehidupan harian. Berita ini turut disiarkan oleh Sinar Harian pada 11-Jun (rujuk keratan akhbar di sebelah).

Seiring dengan itu, sekiranya sesiapa mengetahui dikalangan penduduk warga Kg Giching yang menghadapi kesempitan hidup dan memerlukan bantuan, sila maklumkan segera kepada JKKK. InsyaAllah kami akan membantu.

Ketua Kampung dan JKKK juga prihatin dengan keselamatan pengguna jalanraya terutamanya di simpang empat Jalan Hj Borhan. Menurutnya, kemalangan kerap berlaku di lokasi tersebut. Walaupun aduan telah dibuat kepada pihak berwajib agar segera meningkatkan ciri keselamatan namun masih tiada tindakan susulan. Seterusnya, beliau mengambil inisiatif memaklumkan kepada akbar Sinar Harian agar dapat diambil tindakan yang sewajarnya oleh pihak berwajib.(Rujuk akhbar Sinar Harian keluaran 14-Jun).

Ketua Kampung dan JKKK juga bertindak pantas ke atas aduan penduduk mengenai lori tanah yang merosakkan Jalan Hj Kadir. Perbincangan dibuat antara pemaju projek pembangunan dimana mereka menyatakan komitmen untuk memperbetulkan jalan yang roasak apabila selesai projek yang dijalankan

TERKINI: Pusat Khidmat Masyarakat

Alhamdulillah, pembinaan pejabat Pusat Khidmat Masyarakat akhirnya telah dapat disiapkan dan sedia beroperasi. Terima kasih kepada para dermawan yang telah menyumbangkan bahan binaan serta sukarelawan yang menyumbangkan khidmat tenaga untuk menyiapkan pusat tersebut.

Pusat Khidmat ini telah dirasmikan oleh Penghulu Mukim Labu, En. Abdul Rahman Mohammad pada 27-Jun lepas dan serentak dengan itu majlis kesyukuran juga turut diadakan. Dalam ucapannya, Penghulu melahirkan rasa kagum atas inisiatif dan kesungguhan JKKK membina pusat khidmat masyarakat.

Beliau berharap JKKK akan memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk seluruh penduduk. Mulai dari sekarang, sebarang perkara berkaitan Kg. Giching bolehlah dirujuk kepada pusat tersebut. Terima kasih atas sokongan Penghulu!

~ JKKK Sedia Berkhidmat ~