Alhamdulillah, pembinaan pejabat Pusat Khidmat Masyarakat akhirnya telah dapat disiapkan dan sedia beroperasi. Terima kasih kepada para dermawan yang telah menyumbangkan bahan binaan serta sukarelawan yang menyumbangkan khidmat tenaga untuk menyiapkan pusat tersebut.
Pusat Khidmat ini telah dirasmikan oleh Penghulu Mukim Labu, En. Abdul Rahman Mohammad pada 27-Jun lepas dan serentak dengan itu majlis kesyukuran juga turut diadakan. Dalam ucapannya, Penghulu melahirkan rasa kagum atas inisiatif dan kesungguhan JKKK membina pusat khidmat masyarakat.
Beliau berharap JKKK akan memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk seluruh penduduk. Mulai dari sekarang, sebarang perkara berkaitan Kg. Giching bolehlah dirujuk kepada pusat tersebut. Terima kasih atas sokongan Penghulu!
~ JKKK Sedia Berkhidmat ~
No comments:
Post a Comment