Sejarah Kg Giching

žKg Giching mula dibuka pada tahun 1920-an oleh masyarakat Kerinchi dan Minang yang berasal dari Sumatera. Ia diasaskan oleh Tuan Hj Omar Bin Majid dari kalangan masyarakat Kerinchi. Pada mulanya ia dinamakan Kampung Gerinching,kemudiannya ditukar keKampung Giching pada tahun 1940 oleh Encik Abdul Ghani, penghulu mukim Labu.
žSelepas perang dunia ke2 barulah masyarakat Jawa,Boyan,dan Mendaling datang menetap di kampung ini. Mata pencarian utama penduduk ketika itu ialah menangkap ikan, bersawah padi serta menoreh getah.Pada masa itu cuma terdapat 16 buah rumah dengan bilangan penduduk seramai lebih kurang 90 orang.
žKomunis masih bermaharajalela di kawasan ini di sekitar tahun 50-an yang berpusat di Ulu Tian yang kini adalah landasan kapal terbang KLIA dan Kuaters KLIA. Selepas merdeka, barulah ancaman komunis berjaya dihapuskan di kawasan ini.
žDari segi sejarah, bolehlah disimpulkan bahawa penduduk asal Kampung Giching adalah pendatang yang berasal dari tanah seberang. Hanya penduduk asli dari suku Temuan yang menduduki kawasan sekitarKampung Giching iaitu tapak KLIA sekarang ini yangboleh mendakwa mereka adalah penduduk asal dikawasan ini.

Lokasi Kg Giching

žLokasi Kampung Giching adalah terletak kira-kira10 km dari KLIA atau LCCT dan lebih kurang 25 km dari Putrajaya.
žUntuk ke Kampung Giching, dari Lebuh raya Utara Selatan (PLUS) masuk ke tol Nilai dan ambil ke arah KLIA, iaitu lebih kurang 12 km dari tol Nilai.
žBandar yang berdekatan ialah Bandar Baru Salak Tinggi dan Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan.
žGPS koordinat : 2 47’ 44.47” N 101 44’ 10.15 E
žBagi kawasan pilihanraya, Kampung Giching terletak di dalam Parlimen Sepang (P113) dan DUN Sungai Pelek (N56).

Ahli JKKK

Ahli JKKK






Monday, August 9, 2010

Tahukah Anda???

Tahukah Anda setiap tahun, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan mengagihkan bantuan zakat kepada golongan asnaf yang layak. Tahun ini, JKKK Kg Giching telah turun padang untuk mengenal pasti golongan yang layak. Borang permohonan telah dihantar ke pejabat JAIS untuk tindakan selanjutnya. InsyaAllah, mereka yang berjaya akan menerima bantuan zakat pada bulan Ramadhan nanti. Selain itu, JKKK juga akan berusaha mendapatkan sumbangan dari kerajaan negeri bagi membantu golongan yang memerlukan.

Tahukah Anda selaras dengan dasar kerajaan negeri Selangor iaitu 'Merakyatkan Ekonomi Selangor' (MES), kerajaan negeri akan mengagihkan sebahagian dari pada hasil jualan pasir kepada setiap JKKK di Selangor. InsyaAllah, sumbangan akan diserahkan kepada semua Pengerusi JKKK pada hari Isnin (9hb Ogos). Maklumat lanjut mengenai perkara ini akan dikongsi pada bulan depan.

Tahukah Anda bahawa penyertaan untuk Program 'Akikah Sepanjang Zaman' anjuran JKKK adalah dibuka sepanjang masa. Melalui program ini, setiap peserta cuma perlu membayar RM270bagi satu bahagian. Segala urusan dan perbelanjaan untuk majlis akikah diuruskan sepenuhnya oleh JKKK. Sesiapa yang berminat, sila berhubung dengan Ketua Kampung .

Anda juga tentu tahu saf JKKK Kg Giching baru saja dilantik kira-kira 3 bulan lalu. Kami akui masih kurang pengalaman dalam selok-belok pengurusan dan gerak kerja JKKK. Oleh itu, kami bersedia untuk menerima sebarang teguran dan kritikan yang membina dari sesiapa saja demi kebaikan bersama. ~ Kampung Kita, Tanggungjawab Kita ~

No comments:

Post a Comment