Sejarah Kg Giching

žKg Giching mula dibuka pada tahun 1920-an oleh masyarakat Kerinchi dan Minang yang berasal dari Sumatera. Ia diasaskan oleh Tuan Hj Omar Bin Majid dari kalangan masyarakat Kerinchi. Pada mulanya ia dinamakan Kampung Gerinching,kemudiannya ditukar keKampung Giching pada tahun 1940 oleh Encik Abdul Ghani, penghulu mukim Labu.
žSelepas perang dunia ke2 barulah masyarakat Jawa,Boyan,dan Mendaling datang menetap di kampung ini. Mata pencarian utama penduduk ketika itu ialah menangkap ikan, bersawah padi serta menoreh getah.Pada masa itu cuma terdapat 16 buah rumah dengan bilangan penduduk seramai lebih kurang 90 orang.
žKomunis masih bermaharajalela di kawasan ini di sekitar tahun 50-an yang berpusat di Ulu Tian yang kini adalah landasan kapal terbang KLIA dan Kuaters KLIA. Selepas merdeka, barulah ancaman komunis berjaya dihapuskan di kawasan ini.
žDari segi sejarah, bolehlah disimpulkan bahawa penduduk asal Kampung Giching adalah pendatang yang berasal dari tanah seberang. Hanya penduduk asli dari suku Temuan yang menduduki kawasan sekitarKampung Giching iaitu tapak KLIA sekarang ini yangboleh mendakwa mereka adalah penduduk asal dikawasan ini.

Lokasi Kg Giching

žLokasi Kampung Giching adalah terletak kira-kira10 km dari KLIA atau LCCT dan lebih kurang 25 km dari Putrajaya.
žUntuk ke Kampung Giching, dari Lebuh raya Utara Selatan (PLUS) masuk ke tol Nilai dan ambil ke arah KLIA, iaitu lebih kurang 12 km dari tol Nilai.
žBandar yang berdekatan ialah Bandar Baru Salak Tinggi dan Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan.
žGPS koordinat : 2 47’ 44.47” N 101 44’ 10.15 E
žBagi kawasan pilihanraya, Kampung Giching terletak di dalam Parlimen Sepang (P113) dan DUN Sungai Pelek (N56).

Ahli JKKK

Ahli JKKK






Monday, August 9, 2010

AQIQAH SEPANJANG ZAMAN

Alhamdulillah dan setinggi kesyukuran kehadrat Ilahi kerana pada hari Jumaat lalu bersamaan 23-Julai 2010, buat julung-julung kalinya JKKK Kg. Giching telah berjaya menyempurnakan program "Aqiqah Sepanjang Zaman" di Masjid Giching. Ia disertai 6 orang ahli kariah dengan bayaran cuma RM270 sahaja untuk setiap bahagian.

Program ini sebenarnya telah dimulakan sejak petang Khamis lagi dimana AJK serta peserta akikah bergotong-royong menyembelih lembu di rumah Tok Ketua, melapah serta membuat persediaan untuk memasak pada keesokan harinya iaitu pagi Jumaat.

Setelah bertungkus-lumus melakukan kerja-kerja melapah dan memotong daging yang selesai pada tengah malam, Tok Ketua sempat menyediakan juadah bagi menjamu petugas dengan menu istimewa sup tulang yang lazat. Pada pagi Jumaat pula, ahli JKKK termasuk Muslimat berhempas pulas bergotong-royong untuk memasak nasi serta masakan lauk daging aqiqah di Masjid. Sebanyak 300 bungkusan nasi berlauk telah diagihkan kepada mereka yang hadir ke Masjid untuk bersolat Jumaat pada hari itu.

Selain itu, dengan kerjasama AJK Masjid, JKKK juga telah menjemput seorang Ustaz muda dari sekitar Sepang untuk memberi Tazkirah sebelum solat Jumaat.Beliau turut membaca khutbah Jumaat pada hari itu. JKKK ingin merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Nazir dan ahli J/Kuasa Masjid Giching di atas kerjasama penuh dan memberi kebenaran menggunakan kemudahan masjid sepanjang program ini dijalankan. Sekali lagi ribuan terima kasih diucapkan.

Pada malamnya pula telah diadakan ceramah umum disampaikan oleh seorang penceramah undangan dari Nilai. Alhamdulillah, ramai ahli kariah Kg Giching serta dari kampung sekitar turut hadir mendengar ceramah yang disampaikannya. Ceramahnya berakhir hampir jam 10. JKKK mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini.

JKKK juga ingin memohon berbanyak kemaafan di atas sebarang kelemahan serta kekurangan yang berlaku sepanjang program yang telah dijalankan itu. InsyaAllah, jumpa lagi di program akan datang...

No comments:

Post a Comment